Nurul Izzah rancakkan lagi kempen di DUN Gambir
- Noraini Nordin

- 15 hours ago
- 1 min read

Sorotan khas PRN Johor: Detik detik berharga menjalan hari pengundian digunakan sepenuhnya oleh Timbalan Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar untuk bersama calon menyantuni seberapa ramai pengundi di DUN Gambir.
Nurul Izzah bersama calon DUN Gambir Mohd Nor Mohd Yusof melakukan walkabout ke beberapa lokasi di DUN tersebut pada Ahad.
Kempen bukan sekadar meraih undi tetapi untuk membina kepercayaan kepada pengundi yang wakil calon Pakatan Harapan akan membela mereka secara konsisten.
Kehadiran Nurul Izzah merancakkan lagi aktiviti kempen DUN Gambir.
Rata-rata penerimaan amat baik dan sokongan semakin meningkat setiap hari.
Terima kasih kepada semua yang pengundi Gambir yang sudi berhenti berbual, berkongsi pandangan dan memberikan kata-kata semangat untuk PH menang bergaya.
Amanah rakyat bukan sesuatu yang dipandang ringan.
Dengan izin Allah, kami akan terus turun padang, mendengar dan berusaha memberikan yang terbaik untuk Gambir.




Comments