top of page

Negeri Sembilan perlu kekalkan pentadbiran MB Aminuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 19
  • 1 min read

Krisis politik yang berlaku di beberapa negeri akan diambil sebagai pengajaran untuk Pakatan Harapan (PH) kembali memperkukuh sokongan rakyat.


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Aiman Athirah Sabu (gambar) berkata, sepanjang tempoh tujuh tahun pentadbiran PH di Negeri Sembilan, pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun sudah menunjukkan prestasi yang baik.


Menurut beliau, pencapaian itu dapat dilihat menerusi pengurusan kewangan negeri yang berhemah, peningkatan simpanan negeri serta usaha mengurangkan beban hutang.


"Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin telah menunjukkan prestasi yang baik serta komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


"Kita telah melihat bagaimana kestabilan Negeri Sembilan dipertahankan sebelum berlakunya pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan rakyat, hakikatnya itulah yang berlaku," katanya dipetik laporan media.


Mengulas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, Aiman Athirah berkata, keutamaan PH adalah memastikan kemenangan gabungan itu bagi membolehkan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Aminuddin diteruskan.


Beliau berkata, kesinambungan pentadbiran yang stabil amat penting bagi memastikan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan tanpa gangguan.


"Justeru, saya menyeru seluruh pengundi di Negeri Sembilan agar terus memberikan sokongan kepada PH demi mengekalkan kestabilan negeri dan memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page