top of page

MyKad Generasi Baharu: Cetakan terganggu sementara 26 hingga 31 Ogos – JPN

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 38 minutes ago
  • 1 min read

Urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara bermula 26 hingga 31 Ogos 2026 susulan proses peralihan kepada MyKad Generasi Baharu.


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan memaklumkan proses berkenaan melibatkan peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu.


"Sehubungan itu, urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara bermula 26 Ogos hingga 31 Ogos 2026," kata kenyataan itu.


JPN menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad supaya menangguhkan sementara urusan berkenaan sepanjang tempoh tersebut.


Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga turut digalakkan menangguhkan permohonan buat sementara waktu.


"Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat," kata JPN.


JPN berkata langkah berkenaan bertujuan membolehkan orang ramai menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula tidak lama lagi.


Dalam pada itu, JPN merakamkan penghargaan atas kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh peralihan tersebut.


"JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh peralihan ini serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul," kata kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page