top of page

MyCC siasat 87 syarikat terlibat kartel penetapan harga umrah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menjalankan siasatan terhadap 87 syarikat pengendali umrah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh (gambar) berkata, siasatan susulan dakwaan wujudnya kartel umrah setelah beberapa syarikat terbabit dikesan membuat perjanjian penetapan harga perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia.


"Apabila mereka menetapkan harga, pengguna ini tidak dapat tawaran yang terbaik. Sebab itu MyCC berperanan membanteras aktiviti kartel ini," katanya dipetik.


Dr Fuziah berkata begitu selepas merasmikan Majlis Program Jualan Rahmah MADANI Mega Aidilfitri 2026 dan Agihan Zakat Wakalah Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada Selasa.


Beliau sementara itu menyeru orang orang ramai yang merancang untuk menunaikan umrah agar mempertimbangkan aspek keselamatan semasa, terutama dalam keadaan konflik geopolitik yang sedang berlaku.


"Dalam Islam, konsep isti ta’ah atau kemampuan perlu diambil kira. Jika keadaan tidak selamat, maka tidak menjadi kewajipan untuk menunaikan umrah. Keselamatan diri dan keluarga perlu diutamakan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page