top of page

MPN Sarawak disusun semula, Mahmud Epah pengerusi negeri

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
21 hours ago
1 min read
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh. Gambar arkib
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh. Gambar arkib

KEADILAN menyusun semula kepimpinan negeri Sarawak dengan menamakan Mahmud Epah sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak bagi memperkukuh persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-13.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Pimpinan Cabang KEADILAN Sarawak bersama Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Oktober lalu.


Menurutnya, mesyuarat berkenaan turut menetapkan strategi dan gerak kerja pilihanraya sebagai tumpuan utama dalam menyusun persiapan menyeluruh parti menghadapi pilihan raya negeri akan datang.


"Mesyuarat menegaskan bahawa tumpuan utama adalah kepada strategi dan gerak kerja pilihanraya sebagai rangka persiapan menyeluruh," katanya dalam kenyataan.


Fuziah berkata, penstrukturan semula kepimpinan merupakan antara ketetapan penting yang dicapai bagi memperkukuh persediaan menghadapi pilihanraya berkenaan.


Dalam perkembangan sama Pengerusi MPN sebelumnya, Ahmad Nazib Johari akan meneruskan peranan untuk memperkukuh hubungan antara kepimpinan pusat dengan Malaysia Timur.


"Dalam masa yang sama, Saudara Ahmad Nazib Johari akan terus melaksanakan peranan memperkukuh hubungan antara Pusat dengan Sabah dan Sarawak, selaras dengan fokus parti untuk memperkukuh jaringan politik di kedua-dua wilayah," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page