top of page

MOT akan umum aspek keselamatan pengangkutan awam lebih ketat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan komited memperketat dan memperluas penguatkuasaan terhadap aspek keselamatan melibatkan pengendali dan pemandu bas, demi memastikan tragedi kemalangan tragis meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Jun lalu tidak berulang.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengumumkan mengenai langkah penguatkuasaan yang lebih tersusun dan holistik dalam masa terdekat ini.


''Bentuk penguatkuasaannya pula sudah pasti melibatkan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


''Manakala pelaksanaannya pula kita serahkan kepada MOT,'' katanya dalam sidang media mingguan di bangunan Parlimen hari ini.


Pada 9 Jun lalu kira‑kira jam 1.10 pagi, sebuah bas membawa 42 pelajar dari Jerteh ke UPSI terlibat kemalangan di Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.


Dalam kejadian itu, seramai 15 pelajar dilaporkan maut selepas bas dinaiki mereka bertembung dengan Perodua Alza dan terbalik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page