top of page

Modul penghayatan hadis 40 tak langgar Perlembagaan - GPMS



Langkah kerajaan memperkenal apa-apa bahagian dalam ajaran Islam dan implementasi ajaran Islam dalam sistem pendidikan tidak bercanggah peruntukan Perlembagaan Persekutuan mahupun undang-undang berkaitan sistem pendidikan termasuk Akta Pendidikan 1996.


Timbalan Pengerusi Tetap Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Nik Saiful Adli Burhan berkata begitu sebagai mengulas tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan Modul Penghayatan 40 Hadis Imam Al-Nawawi kepada pelajar sekolah.


Tambah Nik Saiful, pihaknya menyambut baik langkah tersebut kerana ia bertujuan untuk mengimplementasikan nilai-nilai murni dalam hadis tersebut.


"Hadis itu menghimpunkan panduan kehidupan yang bukan menjurus kepada ibadah umat Islam semata-mata tetapi merangkumi keseluruhan moral serta nilai murni kehidupan manusia pelbagai agama atau kefahaman.


"Saya menyokong sepenuhnya usaha kementerian dalam meningkatkan pendidikan moral dan nilai murni kehidupan, bukan semata-mata menjadikan sijil akademik sebagai matlamat utama pendidikan di sekolah.


"Saya menyeru semua pihak termasuk yang mewakili agama-agama lain agar berlapang dada dalam menilai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan supaya keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara ini terjaga selain pada masa sama sistem pendidikan negara ini mampu memberi manfaat menyeluruh kepada kehidupan generasi akan datang," katanya.


Pada Selasa, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) dilaporkan membantah sebarang tindakan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara.


Majlis itu berkata, langkah memperkenalkan subjek berkenaan di seluruh negara mungkin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nik Saiful yang juga seorang peguam berkata, dakwaan MCCBCHST bahawa pengajaran subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, adalah satu tafsiran undang-undang yang salah.


"Merujuk perkara tiga Perlembagaan Persekutuan menyebut Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan," katanya.


* kredit foto Selangorkini

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page