top of page

MKJR komited perkukuh keselamatan jalan raya - MOF

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 30
  • 1 min read

Anthony Loke melancarkan My Safe Road 2.0 di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-61 MKJR
Anthony Loke melancarkan My Safe Road 2.0 di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-61 MKJR

Oleh: Azuan Ab Rahman


Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Malaysia komited memperkukuh keselamatan jalan raya menerusi pelaksanaan Pendekatan Sistem Selamat secara menyeluruh.


Pendirian itu disepakati menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-61 MKJR dirasmikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di Seremban pada Selasa.


Kementerian Pengangkutan menerusi satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, Loke yang juga Pengerusi MKJR dalam ucapannya telah menegaskan kepentingan untuk menerima dan melaksanakan Pendekatan Sistem Selamat sepenuhnya.


"Pendekatan ini menuntut peralihan daripada menyalahkan kesilapan manusia semata-mata kepada penyediaan keseluruhansistem jalan raya yang proaktif dalam melindungi pengguna.


"Ini selaras dengan Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya Negara 2022–2030 yang menyasarkan pengurangan 50 peratus kematian menjelang 2030


"Justeru, seluruh sistem – daripada perancang bandar, jurutera, penguat kuasa, pengeluar kenderaan, institusi pendidikan hingga ke komuniti – perlu berganding bahu dalam memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya," menurut kenyataan itu.


Susulan itu, sebagai manifestasi komitmen tersebut, AGM kali ini turut meluluskan pelaksanaan tiga program utama yang menjadi teras kepada usaha transformasi sistem keselamatan jalan raya negara.


Meliputi Zon Sekolah Selamat, My Safe Road 2.0, dan Program Kepimpinan Keselamatan Jalan Raya inisiatif itu bakal melibatkan penyertaan aktif komuniti bagi memastikan prinsip Sistem Selamat diterjemah kepada tindakan konkrit.


"MKJR komited untuk terus menjadi pemangkin perubahan sistemik dalam ekosistem keselamatan jalan raya, dengan matlamat akhir mencapai visi sifar kematian di jalan raya," tambah kenyataan itu.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page