top of page

Misi PH rampas DUN Seberang Jaya daripada pengkhianat cerah


Oleh: Abdullah Zaid


Tumpuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang kali ini dijangka lebih tertumpu kepada merampas kembali kerusi ‘pengkhianat’ di DUN Seberang Jaya yang mahu dipastikan menang oleh Pakatan Harapan (PH).

Calonnya Datuk Johari Kassim berkata, akar umbi di DUN itu masih kekal utuh bersama PH walaupun bbekas wakil rakyat sebelum ini telah melompat ke PN.


"Jika dahulu (PRU14) DUN Seberang Jaya kerusi incumbent (penyandang) menang dengan 7,000 undi tetapi disebabkan oleh pengkhianatan kerusi tersebut jatuh kepada PN.


"Namun, akar umbi KEADILAN di DUN Seberang Jaya cukup kuat dan jentera juga bersedia untuk merampas (kerusi ini) kembali," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelas Johari, peluang untuk menawan kerusi ‘lubuk reformasi’ itu dilihat lebih cerah hasil gandingan PH dan Barisan Nasional yang dijangka mampu menguasai kerusi tersebut.


"Kerjasama PH-BN memberi kelebihan besar untuk kita menawan DUN Seberang Jaya dan komitmen daripada akar umbi UMNO juga memberi dokongan yang kuat untuk kita.


"Ia menunjukkan bahawa semangat kerjasama PH-BN bukan sahaja berlaku di peringkat pimpinan bahkan juga ke peringkat akar umbi," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Johari juga tidak mengambil mudah dengan kelebihan yang ada sebaliknya beliau tetap fokus untuk memberi saingan yang sengit buat lawannya.


"Walaupun Bersatu (calon lawan) tidak mempunyai jentera di DUN Seberang Jaya namun kita tidak boleh mengambil mudah, kerana bantuan daripada jentera Pas juga boleh memberi tentangan yang kuat," ujarnya.


Sebagai rekod, Datuk Johari Kassim yang juga Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal bertarung dengan calon PN, Izhar Shah Arif Shah.


Kerusi DUN Seberang Jaya sebelum ini disandang oleh Dr Afif Bahardin daripada KEADILAN kemudian beliau meninggalkan parti dan menyertai Bersatu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page