top of page

Menteri KPT hentikan sandiwara lantik ahli politik sebagai lembaga pengarah universiti



Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad digesa menghentikan sandiwara bahawa parti politik tidak dilibatkan dalam pentadbiran universiti awam.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah, Mohammed Firdaus Johari, kenyataan di Facebook baru-baru ini, kononnya Menteri Pengajian Tinggi mengadakan perbincangan bersama Datuk Noraslina Zainal Abidin yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM) mewakili sektor swasta adalah tidak profesional memandangkan Dr Noraslina merupakan pemimpin Umno.


"Kenyataan YB Menteri agak canggung serta cuba menggambarkan bahawa beliau seorang yang profesional sedangkan hakikatnya Noraslina merupakan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno Malaysia dan Ketua Wanita Umno Bahagian Sembrong bagi sesi 2018-2021.


"Semakan selanjutnya di laman sesawang UUM mendapati bukan hanya Datuk Noraslina sahaja yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah 'wakil swasta' tetapi Saudara Khairul Azwan Harun yang merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Salak serta bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Puan Nazira Abdul Rahim, Ketua Wanita Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu juga telah dilantik ke jawatan sama.


"Ini merupakan suatu langkah ke belakang dan sandiwara nyata oleh Menteri Pengajian Tinggi yang dilihat terus berpolitik dengan meletakkan hingga 3 orang pimpinan Umno sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi satu universiti.


"Ini bertentangan dengan usaha meletakkan universiti bebas daripada campur tangan politik," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, Menteri Pengajian Tinggi sepatutnya punyai rasa tanggungjawab dan sedar bahawa kuota lantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah sewajarnya dipilih daripada kalangan individu yang bebas, berpengalaman luas serta punyai kepakaran tertentu yang mampu meningkatkan prestij universiti.


"Melihat kepada sandiwara dan minat Menteri KPT yang lebih gemar berpolitik dengan membahagi-bahagikan jawatan kepada “wakil Umno”, maka tidak hairanlah isu-isu berbangkit dalam sektor pendidikan tinggi negara masih banyak yang tidak ditangani dengan baik.


"AMK Kedah menyeru Menteri KPT untuk segera hentikan sandiwara politik ini dan mengajak beliau fokus terhadap hala tuju pendidikan tinggi negara serta mencari jalan terbaik sebagai solusi kepada permasalahan yang membelenggu mahasiswa serta tenaga akademik," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page