top of page

Malaysia, Thailand perkukuh kerjasama kselamatan sempadan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 13
  • 1 min read
DS Saifuddin di sidang media Kampung Hutan Pasir, Kota Bharu, Kelantan
DS Saifuddin di sidang media Kampung Hutan Pasir, Kota Bharu, Kelantan

Kerjasama keselamatan sempadan antara Malaysia dan Thailand terus diperkukuh menerusi dua pendekatan utama bagi membanteras jenayah rentas sempadan dengan lebih berkesan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengukuhan itu dilaksana menerusi mekanisme Antara Kerajaan (G2G) serta kerjasama Polis dengan Polis (P2P).


"Kerjasama G2G dijalankan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Sempadan Malaysia–Thailand yang bersidang dua kali setahun. Ini termasuk siri pertemuan dan lawatan rasmi peringkat bilateral oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga Allahyarham Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim di Kampung Hutan Pasir, Kota Bharu.


Mengulas lanjut, Saifuddin menjelaskan kerjasama P2P pula melibatkan koordinasi pasukan polis di tiga negeri sempadan iaitu Perlis, Kedah, dan Kelantan.


Koordinasi itu membabitkan tiga perkara, iaitu perkongsian risikan, pembinaan keupayaan dan operasi bersama


"Pengurusan kawasan sempadan merupakan isu yang sangat sensitif kerana ia bukan sahaja melibatkan kedaulatan kedua-dua negara, malah menyentuh pergerakan harian rakyat Malaysia dan Thailand," tambahnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin memaklumkan isu kawalan keselamatan di lapangan terbang di seluruh negara akan diperkukuh menerusi pelan penambahbaikan.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, semua agensi kawal selia termasuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) diarahkan mengemukakan pelan keselamatan komprehensif untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri minggu depan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page