top of page

Malaysia kekurangan pekerja skil tinggi, apa tindakan KPT?

Updated: Dec 7, 2021



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dipersoalkan perancangannya untuk menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)


Ahli Parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH - Hang Tuah Jaya) bertanya kepada Menteri Pengajian Tinggi apakah langkah yang sedang diambil untuk memastikan Malaysia tidak menghadapi kekurangan pekerja berskil tinggi pada masa hadapan.


"Ada kajian baru baru ini oleh Universiti Malaya yang bertajuk "employees expectation and preferences of graduates Malaysia", yang menyimpulkan mustahaknya untuk IPT merangka program yang bersesuaian dan relevan dengan kehendak majikan dan pemegang taruh yang menyediakan peluang pekerjaan.


"Kalau kita merujuk senarai negara negara terkemuka dunia bagi pekerjaan berkemahiran tinggi. Luxemburg misalnya mempunyai 59.6% pekerjaan berkemahiran tinggi diikuti Singapura 54.7% dan Switzerland 51.3%.


"Untuk makluman, Kementerian Sains dan Inovasi baru baru ini memaklumkan kebimbangan mereka mengenai pekerja berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri, khususnya teknologi baru.


"Saya ingin tanya kepada menteri apakah perancangan segera KPT dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mengatasi masalah ini sebelum ia menjadi lebih rumit lagi," katanya.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, KPT sedang bekerjasama dengan bebarapa kementerian lain seperti MOSTI, MITI dan Kementerian Sumber Manusia untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi.


Katanya, pihak KPT juga menubuhkan IR 4.0 Competence Centre bagi menggarap industri baharu. Juga menyediakan korikulum masa hadapan di beberapa Institusi Pengajian Tinggi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page