Malaysia Guna Segala Saluran Yang Perlu Untuk Bantu Gaza, Palestin
- Abdul Rahim Razak
- 2 days ago
- 1 min read
Malaysia Guna Segala Saluran Yang Perlu Untuk Bantu Gaza, Palestin
Malaysia menegaskan komitmen untuk terus membantu rakyat Palestin di Gaza melalui pelbagai saluran diplomatik, kemanusiaan dan antarabangsa, selaras dengan pendirian tegas negara dalam mempertahankan hak asasi dan kedaulatan rakyat Palestin.
Pakar Geostrategis, Dr Azmi Hassan berkata, kerajaan Malaysia tidak akan berdiam diri dan akan menggunakan segala ruang yang ada termasuk saluran antarabangsa serta hubungan dengan negara bagi memastikan serangan dihentikan dan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa di Gaza.