top of page

Krisis tenaga: Semua IPTA dibenar jalankan PdP secara dalam talian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dibenarkan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian susulan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) yang diumumkan kerajaan.


Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, langkah fleksibiliti tersebut bagi memberi kemudahan untuk warga IPTA terutama pensyarah dan mahasiswa mengimbangi keperluan akademik ketika berdepan krisis tenaga global dilalui kini.


"Kita beri kelonggaran kepada universiti untuk melaksanakan PdP secara dalam talian jika perlu, memandangkan universiti sudah pernah menjalankannya sebelum ini," katanya dipetik.


Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu lalu bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) mulai 15 April ini.


Pelaksanaan dasar membabitkan sektor awam dan GLC itu sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global, selain mengurangkan penggunaan bahan api serta memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page