top of page

Komen sinis dikaitkan ayat al-Quran: AMK Melaka desak Eric See-To mohon maaf

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka mendesak pemilik akaun Facebook “Eric See-To, Lim Sian See” membuat permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat berhubung komen yang didakwa mempersendakan petikan ayat al-Quran.


AMK Melaka dalam kenyataan berkata pihaknya memandang serius tindakan pemilik akaun berkenaan yang didakwa mengaitkan perkataan “lighad” kepada istilah “liwat”.


Menurut kenyataan itu, perkataan “lighad” (لِغَدٍ) membawa maksud “hari esok” atau “masa hadapan”, namun komen yang dipaparkan dalam tangkap layar tular itu berbunyi:


“Yang saya tengok ialah ada ‘Lighad’ yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada ‘Liwat’ pula.”


AMK Melaka menegaskan tindakan mengaitkan petikan ayat al-Quran dengan istilah berkenaan bukan sahaja didakwa memperlekeh kesucian agama Islam, malah disifatkan sebagai sinis politik yang tidak bertanggungjawab.


"Menggunakan kalam Allah sebagai bahan sindiran politik adalah tindakan yang melampau, biadap, serta mengguris sensitiviti umat Islam di negara ini," kata kenyataan itu.


Sehubungan itu, AMK Melaka menuntut pemilik akaun terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam atas komen yang mencetuskan kontroversi berkenaan.


Selain itu, AMK Melaka menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan secara bersepadu mengikut undang-undang berkaitan bagi meneliti isu berkenaan.


Menurut AMK Melaka, tindakan tegas perlu diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.


"Tindakan seumpama ini mesti dihentikan dan ditindak secara tegas demi menjaga keharmonian serta rasa hormat antara agama di Malaysia," kata kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page