top of page

Kluang strategik dibangunkan sebagai hab pendidikan - Ahmad Zuhan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 7
  • 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.29 Mahkota, Dr Ahmad Zuhan Md Zain (gambar), melihat kedudukan strategik Kluang sebagai potensi besar untuk daerah tersebut dibangunkan sebagai hab pendidikan baharu.


Menurut beliau, sekiranya diberi mandat mewakili penduduk kawasan itu beliau mahu memfokuskan usaha menjadikan Kluang sebagai bandar ilmu dengan menarik lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) membuka cawangan di daerah itu.


"IPTA dan IPTS sangat kurang di Kluang sedangkan ia di kedudukan strategik di tengah Johor. Sebab itu antara aspirasi saya adalah menjadikan Bandar Kluang sebagai bandar ilmu.


"Kita akan berkolaborasi dengan IPTA dan IPTS serta memberi peluang seluas-luasnya kepada anak-anak Kluang menimba ilmu dalam bidang yang sedang berkembang seperti kecerdasan buatan (AI), robotik dan digital," katanya dipetik.


Kluang berada di kedudukan strategik di tengah negeri Johor menjadikannya mudah diakses dari Mersing, Kahang, Sembrong, Paloh, Segamat, Yong Peng dan Ayer Hitam.


Sementara itu tambah Dr Ahmad Zuhan, usaha menjadikan daerah tersebut sebagai hab pendidikan akan turut disokong usaha meningkatkan infrastruktur digital, khususnya kelajuan internet, bagi memenuhi keperluan golongan muda selain merangsang pertumbuhan ekonomi digital di Kluang.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Dr Ahmad Zuhan berdepan pertandingan tiga penjuru menentang penyandang Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, dan calon Parti Bersama, Abd Hamid Ali.


DUN tersebut dianggarkan mempunyai 67,500 pengundi berdaftar merangkumi 54% pengundi Melayu, 35% pengundi Cina, 8% pengundi India, dan selebihnya kaum lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page