top of page

Ketua Pembangkang usul pecat PM, desak Speaker letak jawatan


Kenyataan keras Yang di-Pertuan Agong membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di bawah Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin yang membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan istana memerlukan penanggungjawaban penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini mengusulkan ke Dewan Rakyat agar PM Mahiaddin Yassin dimakzulkan atau dipecat daripada jawatan beliau.


"Ahli Dewan Rakyat pada hari ini mengambil maklum titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuatkuasa pada 21 Julai yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyatan bercanggah dengan mengelirukan Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undnag yang terkandung di dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagi ketua utama negara, seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan


"Ini jelas apabila kenyataan media Istana Negara pada 29 Julai telah membidas sikap biadap dan perlakuan derhaka Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang secara terang mengelirukan Dewan Rakyat apabila mengatakan semua Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai 2021, walhal ia dititahkan supaya dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan pengungkaian.


"Dengan ini, saya Anwar Ibrahim, Port Dickson mewakili ahli-ahli Dewan Rakyat mengemukakan usul seperti bahawa Dewan Rakyat mengambil ketetapan untuk menyatakan hilang kepercayaan kepada PM Mahiaddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh dan dimakzulkan daripada jawatan PM dengan segera, menurut Perlembagaan Persekutuan," kata Anwar dalam sidang media di bangunan Parlimen sebentar tadi.


Ahli Parlimen Port Dickson itu sekali lagi mengulangi pendirian Pakatan Harapan membidas keenganan kerajaan PN mengadakan apa sahaja bentuk pengundian kerana pemerintah maklum mereka telah hilang kepercayaan Ahli-ahli Parlimen


Beliau juga menekankan agar Speaker Dewan Rakyat yang cuba mempertahankan kerajaan PN dan gagal mengendalikan sidang secara sewajarnya supaya meletak jawatan.


"Setelah titah Diraja disampaikan sekali pun, mereka masih engkar dan mencari helah. Oleh itu kita tidak boleh tunggu lagi. Parlimen sudah bersidang dan kita menyatakan pandangan.


"Ini termasuklah kesilapan yang dilakukan Speaker Dewan Rakyat. Usul kami tadi, tatkala menemui Speake, supaya Speaker meletakkan jawatan secara terhormat pada kadar segera," katanya lagi.


Selain itu, Anwar turut menasihati Menteri Undang-undnag, Takiyuddin Hassan untuk meletakkan jawatan kerana nama beliau telah dua kali disebut di dalam kenyataan Istana Negara.


Menjawab pertanyaan wartawan apakah pembangkang telah mengemukakan usul pemecatan Mahiaddin, Anwar menjawab kerana usul itulah Parlimen terus ditangguhkan


"Saya ada usul. Usul saya dibentang dan diterima Speaker. Setelah dapat yang ini, terus tangguh sidang. Mana boleh kita jalan Parlimen dengan cara menipu hal-hal begini. Sampai ke peringkat Yang di-Pertuan Agong buat titah pun cuba dipermainkan," sinisnya.


Parlimen hari ini, bersidang sehingga pukul 1.00 tengah hari. Parlimen kemudian ditangguhkan ke pukul 2.30 petang oleb Timbalan Speaker Rashid Hasnon.


Kemudian ditangguhkan oleh Timbalan Speaker Azalina Othman Said hingga pukul 3.00 petang dan seterusnya ditangguhkan dengan alasan jangkitan Covid 19 dan semua Ahli Parlimen diminta melakukan ujian saringan Covid 19 sebelum meninggalkan bangunan Parlimen.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page