top of page

Kes Najib: Jangan salahkan Kerajaan Perpaduan, keputusan ikut undang undang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 23, 2025
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Diskaun hukuman dan pengurangan denda terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melalui Lembaga Pengampunan berlaku pada 2024 mencerminkan pemisahan kuasa eksekutif dan legislatif di bawah pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Syam Ghaz berkata, sebaliknya tindakan menyalahkan Kerajaan Perpaduan di atas nasib yang menimpa Najib pada waktu ini oleh segelintir pemimpin UMNO adalah tidak wajar sama sekali.


Apatah lagi, katanya, Najib ditahan ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, didakwa pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihukum penjara pada zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


"Masa itu UMNO ada dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kan? Jadi tak boleh nak salahkan 100% kepada kerajaan sekarang.

Syam Ghaz
Syam Ghaz


"Malah jika nak ‘claim’ dari segi Lembaga Pengampunan, zaman Kerajaan Perpaduan inilah Datuk Seri Najib dapat diskaun denda dan jumlah tahun tahanan penjara dikurangkan.


"Sebenarnya tak perlu ugut mengugut pun jika saling hormat menghormati. Kita tahu dan hormat kesedihan ahli UMNO terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes adendum Datuk Seri Najib semalam.


"Fasal Yeo Bee Yin, saya pun tak suka beliau komen macam itu. Cuma kita kena faham, Yeo Bee Yin bukan pimpinan DAP Pusat pun, tulisan dia tak cerminkan keputusan rasmi parti dia," katanya dalam satu muat naik di Facebook beliau.


Dalam pada itu, beliau menyifatkan, kes Titah Adendum Najib merupakan keputusan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan bukannya salah Kerajaan Perpaduan.


Beliau menegaskan, tidak wajar menyalahkan Kerajaan Madani berikutan kegagalan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kerana UMNO juga mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri, tujuh Menteri dan lima Timbalan Menteri dalam kerajaan sekarang.


"Menteri yang jaga Undang-Undang juga UMNO. Malah Ketua Hakim Negara pun ada kaitan dengan UMNO dulu-dulu yang kini Pengerusi JAC. Ini yang PN ‘duk’ serang.


"Nak marah Hakim tak boleh juga, Hakim hanya ikut Undang-Undang dan Perlembagaan Persekutuan, agenda adendum itu tidak dibawa masuk ke mesyuarat Lembaga Pengampunan.


"Sebagai warganegara Malaysia kita mahukan hak keadilan undang-undang sama rata tidak kira apa jawatan dia," ujarnya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page