top of page

Kerajaan MADANI pastikan semua rakyat nikmati kemudahan asas

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Jambatan konkrit dan besi di Kuala Krai menggantikan jambatan kayu, hadiah terbaik PMX menjelang Aidilfitri
Jambatan konkrit dan besi di Kuala Krai menggantikan jambatan kayu, hadiah terbaik PMX menjelang Aidilfitri

Kerajaan MADANI akan terus berusaha memastikan setiap rakyat, sama ada di bandar mahu pun desa, menikmati pembangunan dan kemudahan asas yang sewajarnya tanpa dipinggirkan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen itu dalam hantaran ringkas melalui Facebook semalam.


Ia sebagai reaksi kepada penghargaan daripada penduduk Kampung Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai, Kelantan susulan pembinaan jambatan baharu di kampung berkenaan.


Media sebelum ini melaporkan suasana meriah majlis perkahwinan sepasang pengantin bertukar cemas apabila titi gantung berusia 24 tahun dilalui tetamu mereka tiba-tiba runtuh.


Inisiden pada 1 Januari itu menyebabkan lebih 50 orang terjatuh ke dalam sungai tersebut.


Sehari selepas itu, Anwar mengarahkan peruntukan disediakan bagi menggantikan segera titi gantung yang runtuh di Lata Rek untuk menjamin keselamatan dan kemudahan rakyat.


Sebagai rekod, jambatan baharu sepanjang 36 meter itu yang turut mampu menampung kenderaan berat siap sepenuhnya pada 11 Mac lalu dengan kos RM200,000.


Ia dirasmikan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan, Dr Wan Nur Ibtisam Wan Ismail.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page