top of page

Kerajaan galak penjanaan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui



Tenaga boleh diperbaharui atau RE akan menjadi lebih penting pada masa hadapan apabila dunia tidak lagi bergantung kepada bahan api fosil bagi mengelakkan perubahan iklim yang lebih serius terjadi di seluruh dunia.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (PH - Setiawangsa) berkata kerajaan telah menyediakan 4 langkah untuk memperkasa penjanaan RE sehingga 31% menjelang 2025.


Pertama, katanya, menyediakan hala tuju tenaga boleh baharu Malaysia atau Malaysian Renewal Energy Road Map (MyRER) sebagai dokumen panduan pelaksanaan dan pengunaan RE negara


"Kedua membangunkan program inisiatif khas bagi membanyakkan pengguna elektrik serta industri RE tempatan dalam penjanaan dan pembelian bekalan elektrik melalui fit in tariff, green electricity tariff dan green corporate power program


"Ketiga mengurangkan penjanaan tenaga elektrik dari sumber arang batu secara berperingkat dan menggantikan kapasiti tersebut sama ada dengan sumber RE atau bahan rendah karbon.


"Keempat perkukuhkan keanjalan sistem grid melalui pendigitalan serta integrasi teknologi terkini," katanya dalam sesi soalan menteri di Dewan Rakyat sebelah pagi.


Dari segi kos pula, kata Nik Nazmi, inisiatif MyRER menelan kos sebanyak RM20 bilion menjelang 2025 dan RM33 bilion menjelang 2035.


Selain itu, kata beliau, kerajaan juga meluluskan peruntukan kuota tanbahan 639 megawatt penjanaan RE, iaitu sebanyak 180 megawatt pembangunan janakuasa biogas, biojisim bagi membanyakkan syarikat melanggan tenaga hijau


Juga 200 megawatt untuk program MEMNova memasang panel solar di bumbung bangunan kategori komersial dan industri, seterusnya 50 megawatt untuk program MEMRakyat bagi membolehkan lebih ramai pengguna domestik memasang panel solar di kediaman masing masing.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page