top of page

Keputusan ICJ kemenangan awal halang Israel lakukan genosid - SSP



Oleh: Helmi Mohd Foad


Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) sebagai satu kemenangan awal ekoran keputusan itu berjaya mengesahkan prima facie kes pelanggaran Israel ke atas konvensyen pembunuhan beramai-ramai atau genosid.


Sambil mengulangi ucapan tahniah kepada Afrika Selatan dan negara sekutu kerana berjaya mengheret rejim Zionis ke mahkamah dunia, sekretariat berkenaan berkata, keputusan ICJ jelas menolak pihak yang beranggapan kes berkenaan tidak mempunyai merit.


"Dalam keputusan itu Afrika Selatan meraih kemenangan awal terhadap mereka yang cuba menolak kes itu sebagai "tidak bermerit".


"ICJ mengesahkan bahawa ia mempunyai bidang kuasa "prima facie" ke atas kes itu dan akan terus mendengar keterangan daripada dakwaan tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel," kata sekretariat itu dalam kenyataan.


SSP mengalu-alukan pengiktirafan ICJ bahawa di bawah Konvensyen Geneva, rakyat Palestin di Gaza yang berada di bawah serangan sengit tentera mesti dilindungi daripada pembunuhan beramai-ramai.


"Mahkamah juga telah menolak dakwaan Israel mendakwa operasi "pertahanan diri" mereka mematuhi undang-undang antarabangsa.


"Penghakiman sementara ICJ dengan tegas mengarahkan Israel untuk segera mengambil semua langkah yang diperlukan untuk mencegah perbuatan ganas dalam skop Konvensyen Genosid," katanya.


Kenyataan itu menegaskan, mahkamah juga mengakui situasi "malapetaka" kemanusiaan di Gaza dan menuntut Israel memperbaikinya.


Katanya mahkamah menyatakan bahawa pemimpin Israel telah terlibat dalam ucapan dan aktiviti yang sama dengan hasutan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

"Mahkamah mengarahkan Israel untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah dan menghukum sesiapa sahaja yang terlibat dalam tindakan tersebut," ujarnya.


Bagaimanapun, kata SSP, mereka berasa sedikit kecewa apabila ICJ tidak mengeluarkan arahan menghentikan sepenuhnya pencerobohan tentera Israel.


"Kami percaya bahawa hanya dengan gencatan senjata serta-merta dan kekal membolehkan perintah mahkamah dilaksanakan dengan berkesan.


"Sebagai institusi undang-undang terkemuka di dunia, keputusan ICJ adalah muktamad tanpa kemungkinan rayuan," jelasnya.


Tambah kenyataan itu, meskipun ICJ tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan, keputusannya itu adalah penting di peringkat undang-undang antarabangsa yang mesti dihormati oleh masyarakat dunia.


"Kami menggesa semua negara mengambil proaktif langkah mencegah tragedi pembunuhan beramai-ramai di Palestin.


"SSP akan menggandakan usaha untuk meneruskan kempen perpaduan demi keamanan dan keadilan yang berkekalan di Palestin," tegasnya.


Pada 26 Januari lalu, ICJ memerintahkan Israel dihalang daripada melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin malah rejim itu turut diperintahkan untuk melakukan lebih banyak lagi usaha untuk membantu orang awam di Gaza.


Ketika membacakan keputusan itu, Presiden ICJ, Joan Donoghue dipetik sebagai berkata Israel mesti mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk menghalang tenteranya daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai, menghukum dan mesti mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan.


"Walaupun ICJ tidak mengarahkan gencatan senjata, ia tidak akan membuang kes pembunuhan beramai-ramai, memutuskan bahawa rakyat Palestin kelihatan sebagai kumpulan yang dilindungi di bawah Konvensyen Genosid 1948.


"Ia tidak memutuskan merit dakwaan pembunuhan beramai-ramai," kata Donoghue.

Pada 12 Januari lalu, Afrika Selatan membawa kes itu ke ICJ dan meminta ICJ mengambil langkah kecemasan untuk menghentikan pertempuran yang kini membunuh lebih 26,000 rakyat Palestin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page