top of page

Kementerian Pertanian tingkat persiapan hadapi 'Super El Nino'

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
21 hours ago
1 min read

Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang menggandakan persiapan bagi berdepan fenomena El Nino yang dijangka memberi kesan kepada sektor pertanian dan perikanan negara.


Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihak kementerian sudah membincangkan perkara itu bersama Bahagian Sekuriti Makanan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Menurutnya, hasil dari perbincangan tersebut akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.


"Fenomena El Nino (dengan suhu) mencecah sehingga 40 darjah celsius akan memberi kesan kepada nelayan pantai.


"Apabila suhu meningkat, ikan akan bergerak ke kawasan tengah laut, sedangkan nelayan pantai hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan lima batu nautika dan tidak berupaya untuk menangkap di kawasan lebih dalam.


"Sebab itulah antara lain peruntukan kepada nelayan pantai dipertingkatkan," katanya dipetik laporan media.


Fenomena 'Super El Nino' antara Februari hingga Mei tahun depan dijangka membawa cuaca sangat panas.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan suhu berpotensi melebihi 41 darjah celsius.


"El Nino akan memberi kesan utama kepada sektor pertanian berbanding sektor lain.


"Sebab itu kita kena buat persediaan awal memberi maklumat kepada rakyat, khususnya petani, supaya mereka sekurang-kurangnya buat persediaan kecil untuk hadapi suasana El Nino ini," tambah Mohamad Sabu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page