top of page

Kekangan fiskal tidak halang agenda pembangunan - Akmal Nasrullah

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
2 days ago
1 min read
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Kerajaan perlu mengimbangi usaha memperkukuh fiskal negara dengan keperluan melindungi kebajikan rakyat dan memastikan kesinambungan pembangunan jangka panjang.


Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, keupayaan fiskal negara bergantung kepada pendapatan dan hasil yang mampu dijana menerusi pertumbuhan serta pengurusan ekonomi yang berkesan.


Pembangunan yang memberikan impak signifikan kepada masa depan negara juga perlu terus diberi keutamaan bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang mampan.


"Jadi bila kita lihat dari segi kekuatan fiskal, sudah pasti perkara itu menjadi keterbatasan dalam keupayaan negara. Maksudnya, sudah pasti ianya bergantung kepada pendapatan kita dan juga hasil yang boleh kita kecapi dari segi menguruskan pertumbuhan negara.


"Pada masa sama, peruntukan pembangunan sebanyak RM83 bilion menunjukkan masih ada ruang untuk meneruskan agenda pembangunan negara meskipun berdepan kekangan fiskal.

"Sementara kita juga meneruskan perlindungan kepada rakyat terutamanya melibatkan pembelian subsidi, kita juga kena pastikan juga pembangunan yang memberi kesan lebih penting kepada masa akan datang itu dapat terus terjamin," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Forum Menteri Voices of Tomorrow: A Conversation on Leadership and Nation Building sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE) 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Isnin.


Mengulas pelaksanaan gaji minimum RM2,500, beliau berkata, pelaksanaannya ketika ini hanya tertumpu kepada syarikat yang menjana pendapatan melebihi RM50 juta, selaras dengan pengumuman kerajaan.


Dalam pada itu, kenaikan gaji minimum jelasnya perlu disusuli mekanisme bersesuaian bagi memastikan pekerja berkemahiran dan berkelayakan tinggi turut menikmati peningkatan gaji secara seimbang, sekali gus mengelakkan pemampatan gaji atau wage compression.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page