top of page

Kejatuhan ringgit, kenaikan inflasi: Negara perlu idea baharu selesai masalah ekonomi - Syed Ibrahim



Kejatuhan nilai ringgit ke paras RM4.30 untuk 1 dolar Amerika Syarikat (AS$) sejak beberapa bulan kebelakangan ini, yang tidak berjaya ditangani oleh kerajaan BN menimbulkan kebimbangan lebih banyak masalah akan berlaku ke atas ekonomi negara.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, sebagai negara dagang dan banyak mengimport barangan dari negara luar kejatuhan nilai ringgit menyebabkan inflasi meningkat dengan pantas.


Hal itu, katanya perlu ditangani secara yang lebih berkesan meskipun kejatuhan nilai matawang itu mempunyai beberapa kebaikan.


"Kejatuhan nilai ringgit sejak kebelakangan ini agak membimbangkan jika tidak diurus dengan baik, meskipun ada buruk dan baiknya.


"Penyusutan ringgit berlaku apabila wujudnya perkembangan global yang tidak menggalakkan. Ini disebabkan Malaysia adalah ekonomi yang amat terbuka. Apa juga yang dialami oleh rakan dagang utama kita akan turut memberi kesan. Contohnya, konflik di Ukraine dan kelembapan ekonomi China susulan pelaksanaan sekatan Covid-19.


"Kesan kejatuhan ringgit terawal ialah kenaikan harga barangan tertentu kerana import menjadi lebih mahal. Kita alami kenaikan harga baja dan racun misalnya sehingga lebih 100 peratus," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Ahli Parlimen Ledang itu lagi, sekiranya kenaikan inflasi tidak berjaya dikawal maka Malaysia turut berpotensi menghadapi inflasi melampau sebagaimana dialami beberapa negara gagal


"Apakah hiperinflasi boleh berlaku di Malaysia seperti di Venezuela atau Lebanon? Pakar ekonomi mendefinisikan hiperinflasi atau inflasi melampau pada kadar kenaikan bulanan harga barangan sekurang-kurangnya 50 peratus.


"Kita tidak mencapai tahap itu, mungkin kerana masih ada dasar mengurangkan tekanan inflasi seperti penetapan siling harga petrol dan kawalan harga barangan utama seperti ayam segar dan minyak masak.


"Tetapi apakah dasar ini mencukupi sebagai penampan kepada penyusutan ringgit?" tanyanya.


Tegas Syed Ibrahim, cara paling berkesan menghadapi inflasi adalah meningkatkan pertumbuhan ekonomi.


Namun hal itu, katanya, gagal dilakukan oleh kerajaan BN dengan pertumbuhan ekonomi tahun lalu sekitar 4% dan tidak membawa erti yang besar bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.


"Bagaimana pula dengan penggalakkan sektor berorientasikan eksport (bagi meningkatkan pendapatan negara)?


"Kerana secara amnya, ringgit yang lemah menjadikan eksport kita lebih berdaya saing kerana pruduk keluaran Malaysia lebih murah.


"Jika ditingkatkan sektor berkenaan maka ia juga akan memberi maanfaat kepada pekerjaan dan meningkatkan pendapatan," ujarnya.


Prestasi ringgit sejak kebelakangan ini menjadi tidak menentu berbanding dolar AS atau pun menghadapi matawang serantau seperti dolar Singapura.


Dari minggu ke minggu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada kadar 4.3230/3270 pada hujung April lalu.


Ringgit tidak pernah menaik pada 2022 untuk mencecah paras RM4.10 atau RM4.00 berbanding dolar AS


Malah Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1633/1667 daripada 3.1198/1242 yang dicatatkan hujung April, melemah berbanding yen Jepun kepada 3.3652/3686 daripada 3.3465/3510.


Kekuatan mata wang tempatan itu turut merosot berbanding pound Britain kepada 5.5641/5693 daripada 5.5308/5374 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6710/6753 daripada 4.5776/5830 sebelum ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page