top of page

Kebajikan keluarga nelayan terkesan pembangunan Lexis Hibiscus 2 terbela

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 28, 2024
  • 1 min read

Updated: Jul 28, 2024


ree

Kerajaan Negeri Sembilan tidak lepas tangan dalam membela kebajikan 40 keluarga nelayan di kawasan Pasir Panjang, Port Dickson terkesan projek pembangunan Lexis Hibiscus 2.


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keluarga terbabit akan menerima pampasan RM1,000 setiap bulan sepanjang pembinaan projek itu yang dijangka siap Jun 2029.


"Sepanjang pembinaan projek itu nanti, sebahagian besar kawasan laut akan ditutup dan akan menjejaskan pendapatan nelayan.


"Pampasan yang diberikan ini adalah sebagai ganti rugi kerana mereka tidak dapat turun ke laut sepanjang projek ini berjalan," katanya dipetik selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Lexis Hibiscus 2.


Pembangunan Lexis Hibiscus 2 dibangunkan bersebelahan dengan resort yang sedia ada dengan keluasan lebih kurang 80 ekar dan tempoh pelaksanaan projek ini akan mengambil masa selama lima tahun bermula pada Jun 2024 sehingga Jun 2029


Pembinaan resort dengan kerjasama strategik KL Metro Group dan Menteri Besar Negeri Sembilan-Pemerbadanan (MBINS) dijangka mampu mengukuhkan Port Dickson sebagai destinasi utama pelancongan dan percutian mewah selain bagi aktiviti membabitkan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MIKP).


"Saya dimaklumkan pihak pemaju juga akan memberi keutamaan kepada anak-anak keluarga nelayan terbabit untuk mendapat tawaran pekerjaan di Lexis Hibiscus.

"Dijangkakan projek pembangunan ini bakal mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," kata Aminuddin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page