top of page

KEADILAN Tawau puji komitmen Kerajaan MADANI perkasa institusi pondok

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
16 minutes ago
1 min read

Sokongan berterusan Kerajaan MADANI terhadap sekolah pondok dan institusi tahfiz membuktikan komitmen pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam memperkasakan pendidikan serta kefahaman Islam di negara ini.


Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tawau, Fung Thin Yein (gambar) berkata, pihaknya menyambut baik usaha berkenaan yang secara konsisten memastikan kebajikan institusi pendidikan agama terus terbela.


"Banyak sekolah pondok dan tahfiz di seluruh negara telah menerima peruntukan daripada Kerajaan MADANI bagi membantu memperkukuh kemudahan serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar.


"Ini membuktikan bahawa agenda Islam sentiasa diberi keutamaan di bawah kepimpinan beliau," katanya dalam satu kenyataan.


Pada Jumaat, Anwar yang juga Menteri Kewangan meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM2.8 juta tahun ini untuk membaik pulih infrastruktur asas 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Kedah bagi memastikan pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat.


Katanya, Kerajaan MADANI akan terus memartabatkan syiar Islam dengan memperkukuh institusi pendidikan Islam serta menyuburkan pengajian dan kefahaman ilmu hadis dalam masyarakat.


Beliau turut mengumumkan peruntukan RM250,000 bagi pelaksanaan Program Khatam Hadis Sunan Sittah dan Musthola Hadis.


Sementara itu Fung menerusi kenyataan sama menegaskan, sokongan berterusan kerajaan terhadap sekolah pondok dan tahfiz mencerminkan bahawa pembangunan pendidikan agama menjadi sebahagian daripada agenda pentadbiran Kerajaan MADANI.


"Usaha itu juga mencerminkan pendekatan kerajaan yang memberi perhatian kepada pembangunan pendidikan secara menyeluruh, termasuk pendidikan berteraskan agama, demi melahirkan generasi berilmu dan berakhlak," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page