top of page

KEADILAN Sipitang perkemas strategi hadapi PRN Sabah Ke-17

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 27 minutes ago
  • 1 min read

Pimpinan KEADILAN Sipitang berbincang memantapkan strategi PRN bagi kemenangan DUN Sidumin
Pimpinan KEADILAN Sipitang berbincang memantapkan strategi PRN bagi kemenangan DUN Sidumin

KEADILAN Cabang Sipitang memperkemas persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 melalui Mesyuarat Khas AJK Cabang, Wanita, Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta Pasukan Pembimbing Lapangan (PPL) JPRP yang diadakan semalam.


Menurut satu kenyataan, mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Wendey Agong Baruh itu memberi tumpuan kepada pelancaran Bilik Gerakan Utama (BGU) dan Jentera Pilihan Raya N.35 Sindumin yang bakal berlangsung pada Sabtu ini di Dewan Persatuan Kebudayaan Lundayeh, Sipitang.


"Majlis bersejarah tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, sekali gus menjadi titik permulaan penting dalam menggerakkan seluruh jentera KEADILAN menghadapi PRN Sabah ke-17," menurut kenyataan itu.


Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Junaidah Makku @ Junn (Ketua Wanita Cabang Sipitang/Majlis Pimpinan Wanita Pusat/Pengurus Kempen dan Media N.35 Sindumin), Cikgu Rymond Isak Uta (Pengarah JPRD N.35 Sindumin), Arow Sinau (Pengurus Kempen Fizikal N.35 Sindumin), serta Ian Brian Francis (Ketua AMK Sipitang/Ketua Media Sosial N.35 Sindumin).


Barisan pimpinan KEADILAN N.35 Sindumin di bawah kepimpinan Wendey turut mendapat dokongan padu daripada Ketua Pimpinan Angkat, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Fahmi Ngah serta Datuk Dr Sangkar Rasam yang mewakili Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.


"Seluruh jentera kini bersiap sedia untuk maju dan berjuang dengan penuh semangat demi memastikan kemenangan rakyat di N.35 Sindumin," tegas kenyataan itu lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page