top of page

KEADILAN Sarikei edar kalendar Tahun Kuda, dekati rakyat di Tahun Baharu Cina

  • 59 minutes ago
  • 1 min read
Bruce Yee (kiri) mengedarkan kalendar Tahun Kuda sempena Tahun Baharu Cina
Bruce Yee (kiri) mengedarkan kalendar Tahun Kuda sempena Tahun Baharu Cina

Pasukan KEADILAN Sarikei semalam turun padang mengedarkan kalendar Tahun Kuda di sekitar bandar Sarikei, Sarawak termasuk di pasar, pusat penjaja dan premis perniagaan.


Ketua Cabang Sarikei, Bruce Yee Chin Kui, berkata program tersebut bukan sekadar simbolik sambutan Tahun Baharu Cina, sebaliknya menjadi platform untuk mendekati masyarakat setempat serta mendengar sendiri suara dan pandangan rakyat.


"Hari ini pasukan KEADILAN Sarikei terus turun padang mengedarkan kalendar Tahun Kuda di sekitar bandar Sarikei, memasuki pasar, pusat penjaja dan premis perniagaan untuk beramah mesra dengan warga setempat, mendengar suara rakyat serta menyampaikan ucapan ikhlas sempena Tahun Baharu Cina," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau, pendekatan mendekati akar umbi itu selari dengan gagasan Kerajaan MADANI yang berteraskan prinsip “Rakyat Diutamakan, Perpaduan Diperkasa”.

Sukarelawan KEADILAN membantu edaran
Sukarelawan KEADILAN membantu edaran

"Di bawah gagasan Kerajaan MADANI, kami sentiasa komited untuk terus mendekati rakyat, berkhidmat kepada masyarakat dan sentiasa bersama serta seiring dengan mereka," ujarnya.


Beliau menambah, pengedaran kalendar tersebut melambangkan keprihatinan serta komitmen berterusan KEADILAN terhadap komuniti setempat.


"Kalendar ini bukan sahaja tanda penghargaan dan ucapan selamat, malah melambangkan keprihatinan serta komitmen kami terhadap komuniti," katanya lagi.


Sempena ketibaan Tahun Kuda, beliau turut menyampaikan doa dan harapan agar tahun baharu membawa kemajuan dan kestabilan kepada negara serta kesejahteraan kepada rakyat.


Beliau berharap tahun baharu ini akan menjadi titik tolak kepada perpaduan dan kemajuan yang lebih kukuh demi masa depan negara yang lebih makmur, adil dan penuh harapan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page