top of page

KEADILAN Sarawak fokus pemerkasaan ekonomi rakyat sepanjang 2025



KEADILAN Sarawak akan fokus kepada pemerkasaan ekonomi rakyat sepanjang 2025.


Azam tahun baharu itu diumumkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan.


Katanya, KEADILAN Sarawak telah mempromosikan dengan baik insentif Malaysia Madani dan dasar kerajaan sepanjang 2024 dan beliau berharap ianya akan lebih menyerlah pada 2025.


"Antara fokus KEADILAN Sarawak pada tahun 2025 ialah pemerkasakan ekonomi berteraskan rakyat (people oriented economy) sejajar dengan galakan dan sokongan Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan Dana Sejati Madani.


"KEADILAN Sarawak sedaya upaya memastikan lebih banyak kampung dan persatuan penduduk diupayakan secara ekonomi berteraskan rakyat melalui dana Sejati Madani.


"Seterusnya, rintihan rakyat berkaitan masalah infrastruktur perhubungan jalan raya, komunikasi, akses pada pusat kesihatan, akses ke sekolah dan dokumen pengenalan diri juga akan menjadi fokus dan keutamaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Selain itu KEADILAN Sarawak, kata Roland, akan menumpukan perjuangan jangka panjang yang berterusan dalam pemerkasaan belia, wanita serta golongan terpinggir.


Dari segi hak asasi rakyat pula, Timbalan Pengerusi Majlis Pakatan Harapan itu berkata KEADILAN akan memastikan Perjanjian Malaysia 1963 dilaksana serta dituruti sepenuhnya terutama dari segi hak bersuara, hak berpersatuan, hak beragama, hak dilindungi undang-undang, hak tanah adat dan sebagainya.

Hak Tanah Adat akan diperjuangkan

"Deklarasi Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) juga perlu diratifikasi dengan segera.


"Ini membolehkan prinsip-prinsip UNDRIP diserapkan dalam undang-undang Malaysia dan undang-undang Sarawak yang berkaitan dengan hak Orang Asal.


"Dari segi hak Tanah Adat Sarawak perjuangan tetap diteruskan mengikut adat rakyat," ujarnya.


Dalam pada itu, beliau berkata KEADILAN Sarawak akan meningkatkan penerangan terkait rancangan reformasi rakyat yang sedang dizahirkan melalui insentif-insentif Malaysia Madani


Penerangan katanya, amat penting terutama di peringkat bawahan supaya rakyat dapat melibatkan diri dengan bijak untuk merealisasikan insentif-insentif Malaysia Madani di peringkat akar umbi.


Sehubungan itu, KEADILAN Sarawak berharap tidak ada mana-mana golongan dan daerah terpinggir dalam arus pembangunan inklusif dan adil di bawah Malaysia Madani.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page