KEADILAN Johor sasar kerusi Parlimen Muar, Pagoh, Mersing
- Suara Keadilan
- Aug 29
- 1 min read

KEADILAN Johor berhasrat menawan tiga kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata, pihaknya mensasarkan untuk merampas kerusi Parlimen di Muar, Pagoh dan Mersing.
"Muar pernah menjadi kerusi yang kita perjuangkan, dan KEADILAN Johor bertekad merampas semula kerusi pada PRU-16 nanti,
"Kami yakin, rakyat bersama kita untuk membawa perubahan yang lebih baik," katanya dipetik.
Dr Zaliha berkata begitu menerusi ucapan perasmian Kempen Kibarkan Jalur Gemilang bermula di Muar pada Khamis.
Turur hadir pada acara itu ialah Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Johor, Md Ysahrudin Kusni dan Ketua Penerangan Johor, Fakharuddin Moslim.
Sementara itu Dr Zaliha menyatakan hasrat pihaknya bertanding kerusi DUN Maharani dalam Parlimen Muar, DUN Endau (Parlimen Mersing), DUN Bukit Kepong (Parlimen Pagoh) dan Puteri Wangsa (Parlimen Tebrau) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Justeru KEADILAN Johor akan berbincang mengenai persediaan menawan kerusi-kerusi yang disasarkan itu termasuk melihat kekuatan parti termasuk di peringkat akar umbi.
"Ketika ini KEADILAN mempunyai 14 kerusi Parlimen di Johor dan menjadi penyumbang kepada pembentukan Kerajaan Persekutuan bersama-sama komponen Pakatan Harapan (PH) lain.
"Situasi itu menambah keyakinan untuk kita menawan kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-16 atau PRN Johor," jelasnya.
Comments