top of page

KEADILAN jelajah seluruh negara beri penerangan isu RCI Tabung Haji

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read
Juwairiya (berdiri) memberi penerangan RCI Tabung Haji dalam ceramah kelompok
Juwairiya (berdiri) memberi penerangan RCI Tabung Haji dalam ceramah kelompok

KEADILAN melancarkan siri jelajah penerangan “SEDAR: Selamatkan Dana Rakyat” secara ceramah kelompok ke seluruh negara bagi memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai isu serta kelemahan urus tadbir Tabung Haji yang didedahkan menerusi laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).


Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli berkata, penerangan mengenai isu berkenaan yang berjalan sejak 4 September lalu penting bagi memastikan masyarakat, khususnya umat Islam, tidak keliru dengan perkembangan berkaitan RCI Tabung Haji.


"Saya ke Subang untuk bersama dengan pimpinan Cabang dari Subang dan Puchong untuk menyampaikan penerangan tentang isu RCI Tabung Haji yang hangat diperkatakan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu Muslim," katanya hantaran di media sosial.


Beliau berkata, isu berkenaan turut mendapat perhatian masyarakat bukan Melayu yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kelemahan urus tadbir Tabung Haji seperti yang didedahkan RCI.


"Malah masyarakat bukan Melayu juga ramai yang ingin tahu isu dan kelemahan urus tadbir Tabung Haji yang didedahkan Suruhanjaya Siasatan Diraja beberapa bulan lalu," katanya.


Menurut Juwairiya, siri jelajah itu dilaksanakan bagi memberikan penerangan secara langsung kepada masyarakat berhubung isu berkenaan serta memastikan maklumat yang diterima dapat difahami dengan lebih jelas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page