top of page

KEADILAN DUN Sena sedia hadapi pilihan raya umum mengejut



Ketidakstabilan politik peringkat nasional menyebabkan KEADILAN peringkat negeri dan cabang mempersiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum (PRU) mengejut.


Pada 11 Julai lalu, KEADILAN DUN Sena, Perlis menyempurnakan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Raya DUN (JPRD) Sena sebagai melengkapkan persediaan menghadapi PRU 15.


Antara yang hadir dalam majlis itu adalah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Perlis Amran Kamarudin, ADUN Sena Asrul Nizan Abd Jalil, bekas Pengerusi MPN Perlis, Bidin Pin dan ketua-ketua ranting KEADILAN.

Dalam ucapan pelancaran jawatankuasa tersebut, Amran (gambar, kanan) menggariskan misi dan visi kepimpinan parti di peringkat pusat dalam pilihan raya umum yang akan datang bagi negeri Perlis.


Katanya, semua jentera parti perlu digerakkan pada kadar segera kerana PRU kali ini mempunyai tempoh persiapan yang singkat.


"Dalam masa terdekat, JPRD Sena akan turun ke setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam kawasan DUN Sena bagi segera menyusun jentera di setiap 7 PDM yang ada di kawasan DUN," katanya.


Menurut Amran lagi, KEADILAN menyasarkan untuk mengekalkan kemenangan di JPRD Sena dengan majoriti yang lebih signifikan.


Kemenangan lebih baik, katanya, secara tidak langsung akan membantu parti dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Kangar yang berjaya ditawan pada PRU 14 lalu.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page