
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Kelantan dilapor bakal bertanding tujuh kerusi DUN pada PRN negeri itu 12 Ogos depan.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan, Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata tujuh kerusi tersebut terdiri daripada DUN Panchor, Chetok, Mengkebang, Pasir Pekan, Kota Lama, Pasir Tumboh dan Limbongan.
Difahamkan daripada tujuh kerusi yang dipertandingkan, parti itu mensasarkan tiga kerusi akan dimenangi termasuk di DUN Kota Lama.
"KEADILAN Kelantan diarahkan untuk membuka Bilik Gerakan Utama di ketujuh-tujuh DUN itu," kata Ketua Cabang KEADILAN Pengkalan Chepa itu dipetik.
Syed Mohd berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera dan Bilik Gerakan Utama DUN Panchor.
Sementara itu tambahnya, pada PRN ini, pendokong KEADILAN akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon-calon dari parti komponen kerajaan perpaduan meskipun di kawasan DUN yang tiada calon parti itu bertanding.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman berkata, BN akan bertanding di 31 kerusi DUN, manakala 14 kerusi diberikan kepada Pakatan Harapan (PH), merangkumi KEADILAN dan Amanah.
PRN di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu akan dijalankan serentak pada 12 Ogos.
Commentaires