top of page

KEADILAN anjur lawatan ke rumah daif di DUN Tanjong Kapor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28
  • 1 min read

Ketua Cabang Kudat, Stefly Said menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal Pn Latifa dengan 10 anak
Ketua Cabang Kudat, Stefly Said menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal Pn Latifa dengan 10 anak

Oleh: Shaiful Anuar S


Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah, KEADILAN menganjurkan program lawatan rumah ke rumah di kawasan daerah mengundi (DM) Pengaraban, Tanjong Kapor dan Landung Ayang bagi meninjau keadaan hidup beberapa keluarga daif bertujuan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai untuk membantu kehidupan mereka.


Program ini melibatkan kehadiran pimpinan KEADILAN seperti Ketua Cabang Kudat, Stefly Said; Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat merangkap Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munim; serta Timbalan Ketua AMK Izuan Kasim merangkap Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Selangor.


Objektif utama lawatan bagi untuk memastikan kebajikan golongan yang memerlukan diberi perhatian serta mendengar secara langsung permasalahan yang dihadapi.


Menurut jurucakap program, Puan Labiah Gintoron, lawatan ini juga untuk mengukuhkan hubungan antara masyarakat dan kepimpinan setempat melalui pendekatan mesra rakyat.


"Kami bukan sekadar memberi bantuan, tetapi juga ingin memahami isu sebenar yang dihadapi supaya langkah jangka panjang dapat dirangka," ujarnya.


Dalam program itu seramai 10 penerima termasuklah warga emas, ibu tunggal serta keluarga berpendapatan rendah diberi bantuan.


Program seumpama ini dijangka akan diteruskan di beberapa kawasan lain bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada perhatian dan sokongan sewajarnya.


Turut sama dalam program berkenaan ialah Ketua AMK Cabang Kudat, Mohammad Nasip Abdul Rahim serta ahli jawatankuasa sukarelawan jentera pilihanraya DUN Tanjung Kapor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page