top of page

Karnival Kerjaya 2023 Selangor di DUN Kuang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 16, 2023
  • 1 min read


Karnival Kerjaya 2023 untuk para pencari kerja akan diadakan pada 18 dan 19 Mac ini di DUN Kuang.


Karnival anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon 19, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Pejabat Ahli Parlimen Selayang dan Perkeso.


Menurut Ahli Majlis Selayang, Saharudin Abu Bakar, karnival kerjaya tersebut khusus bagi anak muda yang mahu mencari pekerjaan mahu pun yang mahu melihat peluang kerjaya lebih baik.


"Selain karnival, Perkeso juga buka kaunter untuk produk perkhidmatan Perkeso seperti pendaftaran majikan dan sebagainya," kata beliau.


Karnival tersebut akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen. Kanival Kerjaya yang diadakan di Dewan Komuniti MPS Bandar Baru Kundang itu bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page