top of page

Kahwin dengan orang Melayu tidak ubah keturunan warga asing

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
1 hour ago
1 min read
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Gambar arkib
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Gambar arkib

Perkahwinan antara warga asing beragama Islam dengan warganegara Malaysia berketurunan Melayu tidak mengubah keturunan asal warga asing berkenaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga tidak akan membuat penentuan keturunan terhadap individu warga asing terbabit hanya berdasarkan perkahwinan berkenaan.


"Saya ingin menegaskan bahawa perkahwinan antara warganegara asing beragama Islam dengan warganegara Malaysia berketurunan Melayu tidak mengubah keturunan warganegara asing tersebut kepada keturunan Melayu," katanya dalam kenyataan.


Menurutnya, keturunan warga asing berkenaan kekal seperti asal dan perkara itu telah dinyatakan dengan jelas dalam jawapan bertulis beliau di Dewan Rakyat pada Selasa.


Saifuddin berkata, terdapat beberapa laporan yang menggunakan tajuk sehingga berpotensi menimbulkan salah faham dan memberikan gambaran mengelirukan kepada masyarakat mengenai perkara itu.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan hanya berdasarkan tajuk berita tanpa meneliti fakta serta konteks sebenar.


"Saya menyeru orang ramai agar tidak mudah membuat kesimpulan hanya berdasarkan tajuk berita. Semak fakta, fahami konteks sebenar dan kongsikan maklumat yang tepat agar kita tidak menjadi sebahagian daripada penyebaran maklumat yang mengelirukan," katanya.


Beliau menegaskan, pemahaman berdasarkan fakta yang tepat penting bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang boleh mengelirukan orang ramai.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page