top of page

KAFA Pendidikan Khas diperkenal untuk murid masalah pendengaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read
Dr Zulkifli (dua dari kanan)  merasmikan pembukaan KAFA Pendidikan Khas
Dr Zulkifli (dua dari kanan)  merasmikan pembukaan KAFA Pendidikan Khas

Kerajaan MADANI terus memperkasa usaha membangunkan pendidikan Islam yang inklusif di negara ini.


Buat julung kalinya, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Pendidikan Khas diperkenalkan kepada murid bermasalah pendengaran di Kuala Lumpur.


"Inisiatif perintis oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ini bertujuan memastikan anak-anak istimewa tidak tercicir daripada pembelajaran al-Quran dan asas fardu ain.


"Mereka dilatih untuk membaca al-Quran dan mempelajari fardu ain. Alhamdulillah, mereka nampak gembira dan kini boleh memahami ajaran al-Quran serta agama kita.


"Usaha ini menunjukkan bahawa semua anak-anak termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas boleh belajar agama," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dipetik.


Terdahulu beliau hadir merasmikan pembukaan KAFA Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) di Pandan Perdana pada Isnin.


Dipetik laporan media, kelas khas itu menggunakan pendekatan pengajaran yang menekankan kefahaman al-Quran dan asas fardu ain secara efektif dan inklusif.


Pada peringkat awal, kelas ini mempunyai 10 murid bermasalah pendengaran yang dibimbing oleh dua guru berpengalaman dan terlatih dalam kaedah pengajaran pendidikan khas.


Kejayaan inisiatif perintis ini, jelas Dr Zulkifli akan dijadikan model untuk diperluaskan ke lebih banyak lokasi di seluruh negara secara berperingkat, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dan kesejahteraan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page