top of page

Kabinet kutuk kenderaan MP Beruas dibakar, siasatan cari dalang

Updated: Jan 11



Oleh: Helmi Mohd Foad


Insiden kebakaran kenderaan Ahli Parlimen Beruas awal pagi tadi dipercayai akibat serangan bahan api 'Molotov Cocktail' mendapat perhatian Jemaah Menteri yang secara konsensus mengutuk kejadian tersebut.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kementeriannya dan pihak polis memberikan jaminan bahawa siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti dalang kejadian dan motif sebenar insiden itu.


Tegasnya lagi, pihak keselamatan juga komited untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini sentiasa terjamin dan mahu orang ramai memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci.


"Adalah diingatkan bahawa tindakan melulu tanpa mempertimbangkan lunas undang-undang adalah merupakan suatu kesalahan serius yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman berat," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya petang ini.


Saifuddin berkata kementeriannya mengambil maklum kepada laporan polis hari ini membabitkan kes kebakaran kenderaan wakil rakyat tersebut di No 23 Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, Perak pada pukul 2.55 pagi tadi.


"Bertindak atas suatu panggilan telefon, sepasukan enam anggota berserta jentera Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar telah berjaya memadamkan kebakaran itu.


"Siasatan polis terhadap laporan itu mendapati ia membabitkan tiga buah kenderaan iaitu kenderaan pertama (Mercedes Benz berwarna hitam) yang terbakar 100 peratus, kenderaan kedua (Honda CR-V) terbakar 30 peratus dan kenderaan ketiga (Toyota Hilux) juga terbakar 30 peratus. Ketiga-tiga kenderaan didaftarkan atas nama Datuk Ngeh Koo Ham," ujarnya.


Saifuddin berkata siasatan interim pihak polis menemukan satu botol disyaki bahan 'Molotov Cocktail' dengan siasatan lanjut dijalankan forensik PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengenal pasti motif kejadian dan suspek.


"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan bahan api," ujarnya.

Katanya kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.


"Orang ramai diingatkan agar tidak membuatkan sebarang andaian atau kesimpulan awal terhadap insiden ini sehingga siasatan lengkap dilaksanakan oleh pihak PDRM," katanya sambil menyatakan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap tugas hakiki mereka dalam menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.


Mengenai dakwaan insiden itu ada kaitan dengan kenyataan Koo Ham mengenai cadangan agar wakil orang bukan Islam turut dilantik ke dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Mengubal Undang-Undang Islam, Saifuddin menjelaskan pihak polis akan melihat semua perkara dalam siasatan mereka.


"Adakah kenyataan itu memancing hal ini, saya kira pihak polis akan memberikan tumpuan kepada semua punca dan sebab, tidak juruskan kepada hal itu (kenyataan Koo Ham), nama pun siasatan, polis akan bersikap adil dan profesional, tengok kepada semua aspek," katanya.


Jelas beliau, kerajaan juga telah memberikan penjelasan susulan kenyataan wakil rakyat DAP itu termasuk daripada Perdana Menteri sendiri.


"Sudah dijelaskan juga bahawa sebarang pandangan boleh disalurkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI)," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page