top of page

JKOM rapatkan jurang komunikasi kerajaan, rakyat akar umbi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
7 hours ago
2 min read
Hisyamuddin (dua dari kiri) bersama Dr Fuziah dalam majlis di Kuantan semalam. Foto: FB Fuziah
Hisyamuddin (dua dari kiri) bersama Dr Fuziah dalam majlis di Kuantan semalam. Foto: FB Fuziah

Jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi bakal dirapatkan menerusi 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, program PMK bukan sekadar medan penyampaian maklumat dan dasar kerajaan, malah menjadi platform interaksi dua hala mendengar keperluan komuniti.


"PMK adalah inisiatif strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi, Jabatan Perdana Menteri yang dirangka untuk menjawab persoalan asas iaitu memastikan apa yang dirancang oleh kerajaan benar-benar difahami dan dirasai manfaatnya oleh rakyat.


"Komunikasi kerajaan tidak boleh bergerak dalam satu hala sahaja. Komunikasi yang berjaya adalah apabila rakyat merasakan mereka didengar, difahami dan tidak ditinggalkan. Kerajaan menyampaikan, rakyat menyuarakan, dan JKOM menghubungkan," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu dalam ucapan pada PMK Bersama Komuniti Sungai Isap Damai, di Kuantan pada Sabtu yang dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh.


Pada acara itu Dr Fuziah mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk menaik taraf dewan serbaguna Sungai Isap Damai dan menyerahkan sumbangan bakul Rahmah MADANI serta cek cura kepada persatuan dan pertubuhan belia setempat.

PMK di Kuantan merupakan siri kelima program selepas dilaksanakan di Gopeng, Perak pada 13 September lalu. Baki 12 lagi siri PMK yang akan digerakkan di seluruh negara dengan dua daripadanya dijadual berlangsung secara serentak esok (20 September) di Dewan Undangan Negeri Teja, Perak dan Bayan Baru, Pulau Pinang.


Mengulas mengenai pengisian PMK, Mohd Hisyamuddin menjelaskan, program ini turut membawa pelbagai perkhidmatan daripada kementerian dan agensi kerajaan bagi memudahkan rakyat mendapatkan penyelesaian masalah yang komprehensif.


"Rakyat bukan sekadar penerima manfaat pembangunan, malah mereka adalah pemegang taruh (stakeholder) terbesar dalam pembangunan negara. pandangan dan persoalan mereka penting diberi perhatian," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page