top of page

Jentera PH perlu fokus santuni pengundi, rayu keluar mengundi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Jentera kempen PH perlu pastikan pengundi keluar mengundi
Jentera kempen PH perlu pastikan pengundi keluar mengundi

Dapatan awal bedah siasat susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan mendapati jentera Pakatan Harapan (PH) perlu kekal fokus kepada tugas utama, iaitu menyantuni pengundi dan memastikan penyokong keluar mengundi.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara dapatan awal bedah siasat yang dijalankan pimpinan parti (PPN).


"Kita sudah membuat bedah siasat di pihak parti mengenai apa yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan.


"Memang tidak boleh dinafikan, isunya bukan mengenai serang-menyerang, tetapi memastikan jentera parti kekal fokus kepada tugas utama iaitu mengenal pasti pengundi dan membawa mereka keluar mengundi pada hari pengundian," katanya dipetik laporan media.


Pengarah Komunikasi PH itu berkata, calon perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkenalkan diri kepada pengundi selain menyampaikan secara berkesan tawaran dan agenda yang akan dilaksanakan di kawasan masing-masing.


"Dua perkara berkenaan adalah tugas paling penting yang perlu diberi perhatian. Jentera fokusnya adalah untuk menyantuni pengundi dan memastikan pengundi yang menyokong calon serta parti keluar untuk mengundi.


"Calon fokusnya adalah untuk memperkenalkan diri dan membawa mesej apakah yang akan dilakukan bagi sesuatu kerusi atau DUN," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page