top of page

Jentera KEADILAN Alor Gajah siap siaga hadapi PRN Melaka

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 37 minutes ago
  • 1 min read
Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya KEADILAN Cabang Alor Gajah bersemangat dengan kehadiran Adam Adli (tengah) menyerahkan bendera KEADILAN kepada wakil wakil peringkat Ranting, AMK dan Wanita
Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya KEADILAN Cabang Alor Gajah bersemangat dengan kehadiran Adam Adli (tengah) menyerahkan bendera KEADILAN kepada wakil wakil peringkat Ranting, AMK dan Wanita

Sekitar 300 anggota KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya KEADILAN Cabang Alor Gajah, Melaka, sekali gus memperlihatkan kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.


Menurut kenyataan KEADILAN Alor Gajah, majlis berkenaan turut disertai 80 anak muda menerusi konvoi jentera, yang disifatkan sebagai gambaran komitmen dan semangat seluruh jentera KEADILAN Cabang Alor Gajah untuk bergerak bersama rakyat.


"Kehadiran sekitar 300 jentera KEADILAN dan Pakatan Harapan serta penyertaan 80 anak muda dalam konvoi jentera jelas menunjukkan kesiapsiagaan dan komitmen seluruh jentera Alor Gajah menghadapi pilihanraya akan datang," kata kenyataan berkenaan.

Penyerahan bendera kepada wakil
Penyerahan bendera kepada wakil

Majlis tersebut turut diserikan dengan suntingan khas “Amanat Bonda Reformasi”, Datuk Seri Dr Wan Azizah, yang disampaikan khusus buat KEADILAN Cabang Alor Gajah sebagai cetusan semangat dan amanat perjuangan.


Pemangku Pengerusi MPN KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim, turut hadir dan merasmikan majlis berkenaan.


Kehadiran beliau disertai barisan kepimpinan KEADILAN di peringkat pusat, negeri dan cabang yang bersama-sama memberikan sokongan kepada seluruh jentera KEADILAN Alor Gajah.


Dalam pada itu KEADILAN Alor Gajah turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera, urusetia dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program berkenaan.


"Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan menjadi bukti bahawa KEADILAN Alor Gajah sentiasa bersedia untuk bergerak bersama rakyat," kata kenyataan itu lagi.


Untuk rekod PRN Melaka dijangka akan diadakan pada Oktober ini dengan pembubaran DUN pada bulan September.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page