top of page

Indeks keterjaminan makanan meningkat lebih baik - DOSM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 16 hours ago
  • 1 min read
Foto kredit: NST
Foto kredit: NST

Indeks Keterjaminan Makanan Malaysia (IKMM) 2024 meningkat kepada 61.5 mata berbanding 54.5 pada tahun 2023, sekali gus memberi gambaran keterjaminan makanan berada pada tahap prestasi baik.


Ketua Perangkawan Malaysia di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (gambar) pada Isnin berkata, peningkatan skor keseluruhan itu dipacu, prestasi lebih baik dalam dimensi kebolehcapaian dan kestabilan.


"IKMM 2024 mencatatkan skor keseluruhan 61.5, meningkat daripada 54.5 pada tahun 2023, sekali gus menunjukkan keterjaminan makanan negara berada pada tahap prestasi baik.


"Prestasi ini dipacu terutama oleh Indeks Kebolehcapaian yang mencatatkan skor tertinggi 79.9, diikuti Indeks Kestabilan 54.6, Indeks Penggunaan 50.4 dan Indeks Ketersediaan 50.0," katanya dipetik laporan media.


Terdahulu, Dr Mohd Uzir melancarkan IKMM sempena program Simfoni Data dan Media di Putrajaya.


Laporan awalan IKMM itu menyediakan ukuran menyeluruh melibatkan 25 indikator utama merangkumi empat dimensi iaitu ketersediaan, kebolehcapaian, penggunaan dan kestabilan.


Menurut Dr Mohd Uzir secara keseluruhannya, indeks berkenaan menjadi inisiatif strategik untuk memperkukuh pemantauan keterjaminan makanan negara berasaskan data dan bukti, selain membantu mengenal pasti keperluan intervensi bagi memperkukuh sistem makanan negara.


Indeks itu juga akan menjadi rujukan dalam merangka serta memantau pelaksanaan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page