top of page

Henti Pemusatan Kuasa Putrajaya, Sabah Akan Makmur

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • Sep 29, 2021
  • 1 min read

Sabah akan lebih makmur sekiranya kuasa dan hasil bumi lebih diagih-agihkan berbanding amalan pemusatan di Putrajaya hari ini Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata demikian dalam cadangan bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.


Katanya, dalam Perjanjian Malaysia 1963 dipersetujui 40% hasil pungutan cukai oleh kerajaan pusat di Sabah akan dikembalikan ke negeri itu.


Katanya, andai hal demikian dilaksanakan tidak ada lagi alasan kerajaan pusat untuk tidak memberi peruntukan pembangunan secukupnya ke Sabah.


Beliau menyarankan dicontohi cara Indonesia memberi potongan hasil cukai dari wilayah-wilayahnya, iaitu dengan potongan secara lansung tanpa mengumpul jasil ke Jakarta terlebih dahulu.


Begitu juga dengan memerangi pandemik Covid 19, Wilfred berkata sekiranya Putrajaya boleh memberikan lebih banyak kebebasan kepada negeri maka agensi kerajaan pusat di negeri boleh dibantu.


Malah negeri yang kaya katanya, seperti Selangor boleh membina hospital sendiri bagi memudahkan rawatan Covid.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page