top of page

Hayati kemerdekaan, kekal keamanan, perpaduan - Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 13
  • 1 min read
DS Dr Wan Azizah di Program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak
DS Dr Wan Azizah di Program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia menghayati kemerdekaan sebagai satu tanggungjawab bersama bagi memastikan keamanan, perpaduan dan keharmonian negara terus terpelihara.


Isteri kepada Perdana Menteri itu menegaskan, kemerdekaan bukan sekadar laungan “Merdeka” dan kibaran Jalur Gemilang, sebaliknya membawa makna lebih besar sebagai lambang kebebasan, pengorbanan serta perjuangan generasi terdahulu untuk membina sebuah negara berdaulat.


"Marilah kita bersama-sama menjadikan sambutan kemerdekaan bukan sekadar perayaan, tetapi wadah menghayati erti kebebasan, menghargai jasa pejuang terdahulu dan terus membina sebuah komuniti yang bersatu, sejahtera dan progresif," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu dipetik laporan media.


Beliau sebelumnya hadir ke Program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak pada Rabu yang turut dihadiri Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.


Dr Wan Azizah sementara itu berkata, tema Hari Kebangsaan “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” tahu ini amat bertepatan dengan usaha mewujudkan kehidupan lebih baik, peluang saksama serta perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat.


Bandar Tun Razak dengan kira-kira 191,000 penduduk merangkumi pelbagai kaum dan etnik disifatkan sebagai cerminan komuniti dinamik serta harmoni.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page