top of page

Guna pengalaman di MITI bantu pasukan di MOF - Chin Tong

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 14 minutes ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Helmi Foad


Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong (gambar) menyatakan harapan untuk berkongsi pengalamannya dalam Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) bagi memperkayakan dialog dasar di portfolio baharunya itu.


Beliau berkata bagi tempoh permulaan, pihaknya akan mendapatkan maklumat dalam memahami cabaran-cabaran ekonomi dan kewangan yang dihadapi negara di samping mengetahui usaha dan inisiatif Kementerian Kewangan (MOF) dalam menangani isu-isu berkenaan.


"Sewaktu menjadi Timbalan Menteri MITI, saya telah mempelajari dan memahami dinamika pelbagai industri seperi semikonduktor, keluli, automotif, infrastruktur digital dan sebagainya.


"Saya yakin Malaysia mampu menggerakkan usaha melonjakkan ekonomi negara buat kali kedua, jika kita berpadu tenaga sebagai negara dan kerajaan, untuk mengambil kesempatan daripada perubahan global masa kini," katanya dalam satu kenyataan.


Sambil mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan tersebut, beliau berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah, bekas Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.


"Aspirasi bersama kita ialah untuk melihat lahirnya masyarakat MADANI melalui usaha kerajaan menaikkan siling bagi mengangkat Malaysia menjadi negara peneraju ekonomi dan menaikkan lantai bagi memastikan taraf hidup rakyat meningkat serta mewujudkan ekonomi yang lebih adil.


"Saya berharap dapat menyumbang tenaga untuk mencapai cita-cita ini," ujarnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page