top of page

Farhan diamanah rampas semula kerusi Parlimen Indera Mahkota

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
Datuk Farhan (kiri) banyak melakukan gerak kerja akar umbi di Indera Mahkota sejak dua tahun kebelakangan
Datuk Farhan (kiri) banyak melakukan gerak kerja akar umbi di Indera Mahkota sejak dua tahun kebelakangan

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi bakal bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.


Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri mengakui telah diamanahkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merampas kembali kerusi KEADILAN yang pernah dikuasai selama beberapa penggal, termasuk oleh ayahnya, Datuk Seri Ahmad Fauzi Abd Rahman sebelum ini.


Berdasarkan rekod, KEADILAN penah menang di kawasan itu pada PRU 2008, 2013 dan 2018. Farhan yakin mampu merampas semula kerusi tersebut sekali gus membantu KEADILAN kekal menerajui kerajaan selepas PRU 16.


"Amanah ini adalah satu tanggungjawab besar dan cabaran yang perlu kita galas bersama untuk memastikan kemenangan semula parti di kerusi ini.


"Tanpa kerjasama semua anggota cabang, amat mustahil untuk kita melangkah ke hadapan," katanya dipetik.


Farhan berkata begitu menerusi ucapan di Mesyuarat Agung Tahunan KEADILAN Cabang Indera Mahkota di Kuantan.


Sementara itu beliau yang juga Ketua Cabang Indera Mahkota menyatakan, pihaknya meletakkan sasaran jumlah keahlian KEADILAN di kawasan itu bakal meningkat kepada 10,000 orang sebelum Kongres Nasional parti bermula.


Ketika ini jelasnya, jumlah keanggotaan KEADILAN Cabang Indera Mahkota mencecah 6,666 orang dengan pertambahan 1,962 anggota baharu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page