top of page

Fahami realiti wanita gagal memanfaatkan inisiatif kerajaan - Ker Chean

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 4 hours ago
  • 2 min read
Nurul Izzah (kiri sekali) berucap pada program diskusi sempena Pelancaran Kajian Suara Wanita (National Women's Survey 2025/2026) yang berlangsung di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Cheras, semalam
Nurul Izzah (kiri sekali) berucap pada program diskusi sempena Pelancaran Kajian Suara Wanita (National Women's Survey 2025/2026) yang berlangsung di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Cheras, semalam

Memahami realiti wanita di lapangan perlu menjadi asas kepada setiap usaha memperkasa golongan itu dengan penggubalan dasar mesti disusuli tindakan yang pantas, bersasar dan berasaskan data.


Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Loh Ker Chean berkata, dapatan Tinjauan Nasional Wanita 2025/2026 menunjukkan masih wujud jurang ketara dalam akses wanita kepada dasar dan program kerajaan apabila sebahagian besar responden mengetahui kewujudan inisiatif berkenaan, namun tidak memahami cara untuk mendapatkannya.


Beliau berkata, 58.9% daripada 1,030 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian mengakui pernah mendengar mengenai dasar atau program kerajaan tetapi tidak pasti bagaimana untuk memohon.


Manakala ujarnya 22.5% pula tidak mempunyai akses kepada maklumat atau menganggap rangka kerja dasar terlalu sukar difahami.


"Sebanyak 81.4% daripada sampel yang ditinjau ‘terkunci’ daripada mengakses atau mendapat manfaat daripada inisiatif kerajaan yang penting.


"Bagi setiap aktivis pemerkasaan wanita dan pemimpin komuniti, data ini amat membimbangkan dan merupakan seruan tindakan yang kritikal.

Nurul Izzah bersama Ker Chean
Nurul Izzah bersama Ker Chean

"Kita tidak boleh membiarkan dasar yang mampu mengubah kehidupan hanya terhenti di atas kertas," katanya menerusi satu kenyataan.


Terdahulu, Ker Chean memuji kepimpinan berwawasan Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar yang menyaksikan satu pencapaian yang mencetuskan perubahan semalam, apabila pasukan beliau membentangkan Tinjauan Nasional Wanita 2025/2026, satu kajian yang menyeluruh dan penting mengenai wanita Malaysia.


Sehubungan itu, Ker Chean berkata penglibatan akar umbi dan program jangkauan masyarakat perlu dipergiatkan bagi memastikan pemimpin komuniti berperanan sebagai penghubung antara dasar dengan rakyat, khususnya dalam memastikan tiada wanita Malaysia tercicir daripada menikmati manfaat yang disediakan kerajaan.


"Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada semua aktivis wanita yang menerima sijil graduasi di bawah Program Wanita Mendunia pada hari ini!


"Setelah berjaya melaksanakan program-program berimpak secara langsung di kawasan masing-masing, anda semua benar-benar telah membuktikan apa yang dimaksudkan dengan menjadi agen perubahan di lapangan," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page