top of page

Elak Kerajaan Terhenti: Luluskan Bajet 2023 sebelum bubar parlimen



Belanjawan 2023 perlu diusahakan untuk diluluskan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, sekiranya Umno BN berdegil mahu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pada tahun ini maka belanjawan perlu diluluskan terlebih dahulu, dan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar menangguhkan pembubaran Parlimen dalam tempoh sebulan sehingga urusan diselesaikan.


"Bajet 2023 baru sahaja dibentang hari Jumaat lepas. Sudah timbul ura-ura parlimen akan dibubar hari ini.


"Saya ingin menggesa Perdana Menteri mempertimbangkan semula keputusan tersebut. Masih sempat untuk pertimbangkan semula.


"Kalau kita ambil contoh sejarah lepas, proses pilihan raya, pembentukan kerajaan, Ahli Parlimen angkat sumpah dan meluluskan bajet, semua proses ini mengambil masa yang lama.


"Contohnya PRU14, daripada parlimen bubar sehingga hari mengundi, proses pilihan raya memakan masa 6 minggu bersamaan 42 hari.


"Selepas PRU, pembentukan kerajaan pada 10 Mei 2018, lantikan Kabinet sehingga Ahli Parlimen angkat sumpah pada 15 Julai 2018, proses mengambil masa 66 hari.


"Debat bajet dalam Parlimen pula biasanya mengambil 6 minggu (42 hari)," katanya dalam satu kenyataan.


Kata Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia itu, sekiranya Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober dan PRU mengambil tempat maka Belanjawan 2023 mungkin hanya akan diluluskan pada 10 Mac 2023.


Ujarnya, tempoh yang begitu panjang sebelum pembukaan sidang baharu itu akan menyebabkan Kerajaan Terhenti atau Government Shut Down


"Jika Parlimen tidak meluluskan bajet sebelum 31 Disember 2022, maka kerajaan akan terhenti


"Ini membawa implikasi sangat serius kerana gaji cikgu, polis, tentera, bomba kesemuanya bergantung kepada Bajet 2023.


"Persekolahan anak, keselamatan sempadan negara, pemindahan mangsa banjir semuanya memerlukan peruntukan daripada Bajet 2023. Semua ini akan terjejas jika Government Shut Down berkalu," katanya lagi.


Justeru Sim mahu PM mempertimbangkan hal ehwal pentadbiran negara terlebih dahulu sebeum tergesa-gesa mengikut jejak langkah Presiden Umno yang sememangnya tidak bertanggungjawab.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page