top of page

Ekspresi Jalur Gemilang semarak semangat patriotik

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 9 hours ago
  • 1 min read
DS Fahmi melekatkan sticker Jalur Gemilang yang diberi percuma kepada pengguna kenderaan
DS Fahmi melekatkan sticker Jalur Gemilang yang diberi percuma kepada pengguna kenderaan

Rasa bangga dan cinta kepada tanah air perlu dizahirkan bukan sahaja ketika sambutan rasmi, malah dalam kehidupan seharian menerusi Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS yang berlangsung serentak di 15 stesen PETRONAS terpilih di seluruh negara hari ini.


Program anjuran Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama PETRONAS itu merupakan sebahagian daripada Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG).


Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyempurnakan program berkenaan di Stesen PETRONAS NPE Pantai Dalam hari ini.


Program itu turut dihadiri Ketua Pengarah JAPEN, Erwin Khairul Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JAPEN, Rubaayah Osman.


Menurut kenyataan Jabatan Penerangan (JAPEN) program bersama itu menyantuni pengguna jalan raya menerusi pengagihan magnet Jalur Gemilang kepada 200 kenderaan terawal.


Kenyataan itu berkata, inisiatif berkenaan bertujuan memastikan Jalur Gemilang bukan sahaja berkibar di rumah, malah turut dibawa bersama dalam perjalanan harian rakyat.


"Menerusi inisiatif ini, Jalur Gemilang bukan sahaja berkibar di rumah, malah dibawa bersama-sama dalam perjalanan harian — menyemarakkan rasa bangga, cinta dan kebersamaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page