top of page

eCOSS berjaya bendung ketirisan minyak masak bersubsidi

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 30 minutes ago
  • 1 min read
Datuk Dr Fuziah berpuas hati dengan langkah kawalan minyak masak paket bersubidi
Datuk Dr Fuziah berpuas hati dengan langkah kawalan minyak masak paket bersubidi

Inisiatif Kerajaan MADANI menerusi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dan Mobile eCOSS berjaya mengekang isu ketirisan serta penyelewengan minyak masak paket bersubsidi secara berkesan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, aduan berkaitan kegiatan menyembunyikan stok minyak bersubsidi diterima kementeriannya telah menurun 66.15 peratus.


Selain itu, aduan berhubung masalah tiada atau kurang bekalan turut berkurangan sebanyak 24.47 peratus, manakala aduan mengenai penjualan bersyarat serta keengganan peruncit menjual masing-masing menurun 6.19 peratus dan 1.15 peratus.


"Saya tertarik membaca perkongsian seorang pengguna mengenai bekalan minyak masak paket bersubsidi.

Katanya, kalau dahulu susah mendapatkan minyak masak ini, sekarang pergi ke mana-mana pun, insya-Allah stok lebih mudah ditemui.


"Inilah reformasi yang kami mahu rakyat rasai. Ukuran kejayaan sesuatu dasar bukan sekadar pada sistem atau angka tetapi apabila rakyat sendiri mula merasakan bekalan lebih mudah diperoleh," katanya menerusi hantaran Facebook.


Sementara itu menurut Dr Fuziah, memandangkan pembelian minyak masak paket bersubsidi kini dihadkan kepada warganegara Malaysia, aplikasi Mobile eCOSS turut menggunakan teknologi eKYC dan MyDigital ID bagi mengesahkan identiti pengguna.


Sehingga 3 Julai, lebih 5.2 juta rakyat Malaysia dilaporkan berdaftar menggunakan aplikasi yang dibangunkan untuk memantau pengedaran minyak masak paket bersubsidi secara menyeluruh, daripada rantaian bekalan hingga ke tangan pengguna itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page